Alamak tuan, dah kenapa MotoGP bawak raga kat belakang motor pula ni??

Itu bukan raga ya, jaring pon bukan. Itu adalah “aerodynamics rakes” (juga dipanggil “aero rakes”).

Guna aero rakes ni adalah untuk mendapatkan bacaan tekanan dinamik (dynamic pressure) supaya jurutera dan jurureka (designer) mendapat gambaran bagaimana struktur aliran angin dibahagian tersebut.

Dalam gambar tu aero rakes diletakkan di hujung belakang, maksudnya ujian sedang dijalankan untuk mengenalpasti aliran angin di belakang. Ini mengambil kira kedudukan pelumba yang berubah² dan prestasi komponen aerodinamik sedia ada.

Data yang aero rake ni rekodkan juga akan membantu jurutera dalam menentusahkan dan memperbaiki program simulasi Computation Fluid Dynamics (CFD) yang mereka jalankan.

Untuk penjelasan ringkas, simulasi CFD terhad kepada satu² senario kedudukan motorsikal (cth: simulasi sewaktu tegak-lurus, atau simulasi konar-baring). Kata kan sudut-condong (lean angle) maksimum 60°, setiap 5° baringan akan dibuat simulasi satu-persatu.

Begitu juga dengan dapatan (results) daripada ujian terowong angin (wind tunnel). Ia terhad kerana angin yang datang sentiasa daripada depan dan bukan angin senget seperti sewaktu mengambil selekoh (cornering).

Kerana itulah, data langsung daripada lapangan sangat² diperlukan dan implementasi “aero rakes” ini lah antara cara mendapatkan datanya. Data yang diambil pastinya lebih dinamik berbanding CFD dan terowong angin kerana ia mengambil kira semua pergerakan motorsikal dan pergerakan pelumba dengan dinisbahkan terhadap keadaan litar.

Pakar dalam bidang ini dipanggil trackside aerodynamicist.

Penulis: Dr Aid Fawzal -Pakar pergerakan bendalir (CFD) & pemindahan haba (heat transfer), Kejuruteraan Automotif, Inventor.

Foto: Sham Rahaman, Shah Hafiz & Han Yassin

Share this now!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •