Hari ke-3 Ujian Rasmi MotoGP™ Sepang 2024 mencatatkan ‘lap’ terpantas 1 minit 56 saat di Litar Antarabangsa Petronas Sepang oleh penyandang juara dunia MotoGP™ Francesco Bagnaia. Diikuti dengan Jorge Martin, Enea Bastianini dan juga Alex Marquez yang masih menunggang jentera lama GP23.

Rekod catatan masa terbaru ini menunjukkan bahawa teknologi hari ini tidak tertumpu pada enjin semata-mata. Aerodinamik juga memainkan peranan yang penting walaupun dengan hanya sebutir ‘winglet’ yang kecil dapat menbantu memperbaiki catatan masa.

Dengan keadaan litar yang semakin panas, kebanyakan pelumba kembali ke litar dengan tayar yang sudah digunakan. Mereka melakukan beberapa simulasi untuk mengumpul data sebanyak mungkin.

Hari terakhir ujian di Sepang ini memperlihatkan pengilang Jepun masih tercari-cari jawapan yang mereka harapkan. Walaupun Honda dan Yamaha telah membuat peningkatan yang besar, masih terdapat kelemahan tertentu  untuk menghasilkan masa terbaik.

Musim ini Pol Espargaró terpaksa melepaskan tempatnya untuk Pedro Acosta. Pol memikul tugas yang sama seperti Pedrosa sebagai penunggang uji KTM. Sementara itu, adiknya Alex Espargaró seperti berminat dengan dunia penyiaran. Pelumba Sepanyol itu beraksi sebagai hos memperkenalkan pit KTM kepada penonton. Good Luck, Pol !!!

Share this now!
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •